Pusat Pemulihan Psikososial (P.S.R) Selama Perak

Pengenalan

Home
Pengenalan
Sudut Aktiviti
Kawasan Operasi
Sejarah Penubuhan
Apa itu pemulihan Psikososial?
Album Gambar
Bagaimanakah anda boleh membantu????
VIDEO Modul Kumpulan Sokongan Keluarga
 

Psiko Sosial Rehabilitation

KLINIK KESIHATAN SELAMA 

Pusat Pemulihan Psikososial ( Nur Selama) Klinik Kesihatan Selama adalah sebuah Pusat Pemulihan Khas untuk pesakit - pesakit psikiatri yang telah pulih dan stabil.Pusat Pemulihan ini dijalankan oleh anggota kesihatan yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan, Jurupulih Carakerja, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan untuk menjalankan aktiviti - aktiviti pemulihan kepada Pesakit - pesakit psikiatri.

 

 

Objektif

 

Untuk membolehkan pesakit memahami dan mengawal penyakit mereka dengan sendiri, mencapai tahap kefungsian yang lebih tinggi dan membolehkan mereka hidup berdikari.

SEJARAH AWAL

 

Rawatan\ penjagaan pesakit mental dilakukan di institusi atau hospital- hospital mental

Contohnya: HBUK (Zon Utara), HOSPITAL TAMPOI ( Zon Selatan).

 

 

KELEMAHAN SISTEM PENJAGAAN MENTAL TRADISIONAL

 

      Tiada penglibatan keluarga

 

      Kadar penyakit berulang yang tinggi di kalangan pesakit-pesakit yang didiscaj daripada hospital.

 

      Tiada kesinambungan rawatan - ramai pesakit “hilang”( loss to follow up ).

 

      Kesan jangka panjang ke atas kesihatan mental pesakit tidak memuaskan .

 

 

Menyedari kelemahan sistem penjagaan ini, KKM membawa keluar penjagaan dan rawatan  kepada penjagaan kesihatan primer iaitu pesakit mental dirawat didalam masyarakat sama seperti rawatan penyakit kronik yang lain. Penjagaan di peringkat primer ini  melibatkan proses pemulihan yang dinamakan psikososial rehabilitation.

 

 

SEBAB-SEBAB UNTUK PEMULIHAN

 

·                 KEMANUSIAAN

      - Hilang identity.

      - hilang independency.

      - hilang upaya dari segi fungsi sosial.

 

        PENJIMATAN KOS PENJAGAAN PESAKIT MENTAL

        PENJAGAAN ALTERNATIVE LEBIH BERKESAN DAN MENJIMATKAN

Psikososial Rehabilitation ( PSR )- projek perintis kerajaan Malaysia\KKM.

 Di Perak hanya 3 buah klinik sahaja yang mula menjalankan projek ini iaitu;

       KK Kg Simee

       KK Bagan Datoh

       KK Selama

 

Selepas itu dikuti oleh KK Tanjung Malim.

 

img_0148a.jpg

E-mail address:

psrselama@yahoo.com.my

 

segala pertanyaan atau komen bolehlah email kepada:

psrselama@yahoo.com.my

 
Created by PPK U3 Aznal Helmi