Pusat Pemulihan Psikososial (P.S.R) Selama Perak

VIDEO Modul Kumpulan Sokongan Keluarga

Home
Pengenalan
Sudut Aktiviti
Kawasan Operasi
Sejarah Penubuhan
Apa itu pemulihan Psikososial?
Album Gambar
Bagaimanakah anda boleh membantu????
VIDEO Modul Kumpulan Sokongan Keluarga

ksk.jpg

VIDEO

Modul Program Psychoeducation Di HBUK

 

Memahami Penyakit Anda

 

Apakah Nama Penyakit Anda ???

 

Definisi Skizofrenia

 

Sejenis Penyakit Mental yang serius di mana melibatkan GANGGUAN – GANGGUAN seperti :

 

a) Gangguan Pemikiran

b) Gangguan Tingkah Laku

c) Gangguan Emosi

d) Kemerosotan dlm fungsi sosial, akademik dan pekerjaan

 

 

Penyebab – penyebab Penyakit Skizofrenia

a)Bahan kimia dalam otak  tidak seimbang

b) Keturunan

c) Persekitaran

-.Kesesakan Lalulintas (Traffic jam)

- Pencemaran spt: bunyi, udara dll

- Tempat kerja yg tidak selesa

- Keadaan rumah yg padat cth: rumah setinggan

d) Sosial

- Masalah dalam Keluarga

- Diskriminasi di tempat kerja

- Pengaruh Kawan-kawan(sekerja, sekolah dan masyarakat setempat)

- Penyalahgunaan dadah

 

 

Gejala – gejala penyakit Skizofrenia

a) Takut

b) Pemikiran yang berserabut/bercelaru

Contohnya:

1. Delusi: Sesuatu yang anda percayai benar tetapi sebenarnya salah

Contoh     : Gerak geri saya diintip oleh polis

2. Pemikiran yang tidak rasional

Contoh: saya boleh terbang tanpa sayap

c) Halusinasi

d) Marah dan kegelisahan/libang libu

 

Rawatan dan Cara-cara Mengatasi Skizofrenia

a) Patuhi semua arahan rawatan yang diberikan

b) Berbincang dengan keluarga/staff tentang gejala yang di alami

c) Belajar teknik mengawal perasaan dan menenangkan diri

d) Pastikan dapat rehat, senaman yang  mencukupi dan makanan seimbang

 

Fakta-fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Skizofrenia
 a) Penyakit Skizofrenia boleh di ubati dan tidak berjangkit

b) Perlu mendapat rawatan secepat mungkin untuk mengelak kemerosotan

 

Memahami Rawatan Anda

Jenis – jenis Rawatan yang disediakan

1.Ubat-ubatan

- Paling penting

- Mengurangkan gejala

2.Rehabilitasi

- Mengembalikan kemahiran hidup

3.Kaunseling

- Memberikan sokongan emosi secara berterusan

4.Pendidikan

- Memberi pengetahuan tentang penyakit dan semua masalah yang berkaitan

5.Rekreasi Terapeutik

- Melakukan rekreasi untuk mengurangkan gejala

6.Electro Convulsive Therapy (ECT)

- Hanya untuk penyakit dan keadaan tertentu sahaja.

 

Fungsi Ubat-ubatan

Fungsi: untuk menstabilkan bahan kimia yang tidak seimbang di dalam otak

 

Jenis-jenis Ubat

Ø  Antipsikotik                   (untuk fikiran celaru)

Ø  Antidepressant              ( untuk kemurungan)

Ø  Antianxiety                    ( untuk perasaan cemas)

Ø  Antiepilepsy                  ( untuk sawan)

Ø  Sleep Inducer                ( ubat untuk sukar tidur)

Ø  Mood stabilizer             (mengawal emosi)

Ø  Dan lain - lain

 

 

Kesan Sampingan ubat

Definisi

Adalah kesan ubat yang tidak diperlukan

Ø  Semua ubat mempunyai kesan sampingan yang boleh dikawal

Ø  Jangan bimbang sekiranya terdapat kesan sampingan. Doktor boleh menukar atau memberi ubat untuk mengurangkan kesan sampingan

c) Mulut kering

g) Pening/mual

a) Sentiasa patuhi arahan yang diberikan oleh doctor

 

Tanda-tanda Kesan Sampingan Ubat

a)     Pergerakan perlahan (rasa kaku otot)

b)    Selera makan bertambah

c)     Mulut kering

d)    Mengantuk

e)     Sembelit

f)     Lewat datang haid

g)    Pening/mual 

Lain-lain: i) Keresahan ii)  Terketar-ketar

Fakta - Fakta Yang Perlu Di Ingat Apabila Mendapat Rawatan

a)     Sentiasa patuhi arahan yang diberikan oleh doktor

b)    Jangan berhenti ubat tanpa  arahan kerana ini akan menyebabkan penyakit berulang (relapse)

c)     Rawatan ubat-ubatan tidak semestinya sepanjang hayat

d)    Bekerjasama dan berbincang dengan Doktor dan staf  yang berkaitan

PENCEGAHAN PENYAKIT BERULANG /Relapse

Definisi : Gejala lama muncul semula atau yang sedia ada bertambah teruk.

 

Sebab-sebab Penyakit Berulang

a) Tidak makan ubat atau makan tidak ikut aturan

b) Krisis yang tidak ditangani dengan cepat

c) Mengalami tekanan berterusan

d) Tidak cukup rehat dan tidur

e) Menghidapi penyakit fizikal yang lain
    cth: demam kuat/radang paru-paru dll

f) Minum arak dan salah guna dadah

 

Langkah untuk menangani Relapse / Sakit Berulang

a)     Makan ubat berterusan – ikut aturan

b)    Kenali gejala awal

c)     Elak tekanan berterusan

d)    Hubungi/berjumpa Doktor,Jururawat/ pembantu perubatan untuk berbincang keadaan anda

 

Kenapa Arahan Pengambilan Ubat Tidak Dipatuhi Dengan Betul Definisi

 

a)     Tidak faham tindakan ubat dalam membantu penyembuhan

b) Tidak faham mengenai penyakit

c) Pengaruh rawatan tradisional

d) Tiada pengawasan daripada penjaga

e) Perasaan sudah sembuh

f) Tidak tahu bahawa arak dan salahguna dadah boleh ganggu rawatan

g) Mengalami gangguan dari kesan sampingan

 

 

Cara Mengelakkan Dan Mengendalikan Krisis

 

Apakah Itu Gejala Amaran Awal?

a)     Gejala/perubahan yang mula-mula timbul apabila penyakit akan berulang (relapse)

b)    Perkara-perkara ganjil yang anda alami bila mula sakit

cth: Perasaan dikuasai oleh makhluk asing/halus (Perasaan syak wasangka yang tidak berasas)

c)     Perubahan tingkah laku yang dapat dilihat oleh orang  lain dipermulaan penyakit berulang

 

Cara MengelakkanDan Mengendalikan Krisis

Definisi Krisis -

Pesakit yang stabil keadaan mentalnya tiba-tiba menghadapi masalah besar seperti rumah terbakar, kehilangan ahli keluarga, perceraian, masalah kewangan yang besar dll

 

Faktor Risiko Krisis

 

a) Berhenti makan ubat

b) Tekanan di tempat kerja

c) Terlalu letih

d) Bertengkar dengan orang

e) Masalah tidur

f) Penyalahgunaan dadah atau alcohol

 

 

Peringkat-Peringkat  Krisis

 

Peringkat 1:
Tanda –tanda Perubahan Kelakuan

a) Merungut apabila disuruh makan ubat

b) Merokok secara berlebihan

c) Tidak hadir sesi temu janji rawatan

 

Peringkat 2:
Gejala-Gejala Awal

a) Masalah tidur

b) Gejala penyakit muncul kembali

c) Berhenti makan ubat

 

Peringkat 3:
Krisis

a) Melakukan perkara-perkara merbahaya

b) Bercakap dengan kelam-kabut

c) Prasangka terhadap keluarga / rakan

 

Peringkat 4:
Kecemasan

a) Ancaman lisan

b) Berkelakuan agresif/ganas

c) Cuba mencederakan diri/bunuh diri

 

Kemahiran Mengelakkan Krisis

Menangani gejala Penyakit

a) Mandi

b) Mendengar muzik

c) Bercakap dengan kawan

a) Melakukan senaman pernafasan/fizikal

b) Mengurus masa dengan bijak

c) Mewujudkan hobi yang sihat

 

 

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Langkah 1: Kenalpasti masalah sebenar

Menguasai Kemahiran Berkomunikasi

a) Melihat

b) Mendengar

c) Berkongsi

d) Bertanya

 

Mengendalikan Tekanan

a) Melakukan senaman pernafasan/fizikal

b) Mengurus masa dengan bijak

c) Mewujudkan hobi yang sihat

 

 

 Langkah-Langkah Elak Krisis Untuk Pesakit

a) Memahami tanda-tanda awal penyakit

b) Minta bantuan keluarga/rakan untuk mengawasi gejala-gejala penyakit anda

c) Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor

d) Berbincang dengan doktor/jururawat sebelum ambil ubat baru /traditional

e) Pastikan jadual tidur yang betul

f) Minta bantuan bila rasa tertekan

g) Mengelakkan situasi yang memberi tekanan kepada anda

h) Jangan mengambil minuman keras / dadah

i) Hubungi doktor / jururawat segera jika terdapat tanda-tanda awal atau menghadapi krisis

 

Enter supporting content here

 

segala pertanyaan atau komen bolehlah email kepada:

psrselama@yahoo.com.my

 
Created by PPK U3 Aznal Helmi