Satu proses
yang melibatkan latihan-latihan bagi memudahkan dan meningkatkan
keupayaan
individu yg kurang upaya akibat penyakit mental supaya mereka dapat
mencapai
tahap kefungsian optima untuk hidup berdikari dalam masyarakat
Pemulihan ini melibatkan:-
- Mengenalpasti
dan membaikpulih kemahiran- kemahiran yang telah hilang daripada pesakit contohnya sosial interaksi,
penjagaan diri, kemahiran domestick dan lain – lain lagi..
-
Mengajar pesakit kemahiran kemahiran baru yang diperlukan untuk beradaptasi dalam masyarakat
- Kaunselling kepada keluarga
pesakit tentang keperluan menjalani latihan dan rawatan berterusan
Pemulihan
ini dilaksanakan mengikut keperluan individu secara berterusan didalam persekitaran asal mereka bersama keluarga bagi mencapai
tahap kefungsian yang optima didalam masyarakat.
Kajian- kajian menunjukkan bahawa program
pemulihan ini seperti:-
• Program
kemahiran hidup
• Kaunseling
\ intervensi keluarga
• Rawatan
assertive dalam komuniti
Dapat meningkatkan tahap fungsi dan kualiti
hidup pesakit
Serta mengurangkan beban dan kos penjagaan
kesihatan
Pesakit mental sebagai contoh:
• Mengurangkan
kadar penyakit berulang dan kemasukan ke hospital
• Mengurangkan
simptom \ gejala penyakit
• Meningkatkan
keupayaan hidup berdikari
• Memperbaiki
kualiti hidup dengan dapat diterima dan berfungsi dalam keluarga dan masyarakat
SKOP PERKHIDMATAN
1. PEMILIHAN PESAKIT
Pesakit yang stabil dan mendapat rawatan
dan dirujuk oleh
• hospital
mental \ jabatan psikiatri
• doktor
\ anggota kesihatan dari klinik-klinik
• permohonan
oleh keluarga \ pesakit sendiri
• orang
awam
2. PROSES SARINGAN
Saringan akan dilakukan oleh pasukan
PSR yang terdiri daripada pegawai perubatan,pembantu perubatan dan jururawat terlatih. Seandainya pesakit memenuhi kritiria mereka akan didaftar menjadi ahli PSR.
2( 1 ) kriteria kelayakan pesakit
• Tiada
had umur
• Sihat
secara fizikal dan boleh berdikari
• Stabil
dari segi mental status dan mendapat rawatan
• Berminat
dan bersedia mengambil bahagian dalam program
Pemulihan
2( 2 ) kriteria pengecualian
• Pesakit yang mempunyai kecacatan fizikal\ kesihatan yang
Tidak stabil
• Penyakit
mental yang masih aktif dan tidak stabil
• Kerencatan
otak yang teruk \ nyanyuk
• Sejarah terbabit dengan jenayah atau masalah Medico Legal
• Berisiko
tinggi hendak membunuh diri atau mencederakan orang lain
• Kanak-kanak
dengan masalah tingkahlaku
• Sejarah
penyalahgunaan dadah
Aktiviti pemulihan pesakit
Secara amnya terbahagi kepada 3 bahagian
1.
Aktiviti kehidupan seharian
. Kemahiran domestik
• Pengurusan
rumahtangga
• Penyediaan
makanan dan aktiviti yang berkaitan
• Penjagaan
keterampilan diri
Tujuan program ini
• Meningkatkan
kemahiran pesakit untuk menguruskan diri dan berdikari
• Meningkatkan
interaksi diantara pesakit dengan memupuk semangat kerjasama diantara mereka semangat kerjasama diantara mereka seperti keluarga
2. Aktiviti rekreasi \ kesenian
Bersenam, permainan indoor \ outdoor
Kerjatangan, karoake, menonton filem
etc
Tujuan program
• Menanam
\ meningkatkan minat serta bakat \ kebolehan pesakit
• Menunjukkan
kepada pesakit banyak aktiviti yang berfaedah yang dapat dilakukan di waktu lapang
dan dapat juga menangani stress
. Memupuk semangat setiakawan
3. Kaunseling individu \ keluarga
Tujuan
• Meningkatkan
kefahaman pesakit dan keluarga tentang
Penyakit mereka
• Meningkatkan
keyakinan diri pesakit untuk berkongsi
masaalah dan meningkatkan keupayaan menyelesaikannya
• Meningkatkan
keupayaan berkomunikasi untuk mendapat
Sokongan berkumpulan
Bagaimana masyarakat dapat membantu pesakit?
• Menerima
semula pesakit dalam masyarakat- mengurangkan
“ Stigma” penyakit mental
• Memberikan
kerjasama kepada pihak kesihatan dalam
1. Mengenalpasti
pesakit yang perlu mendapat rawatan
2. Mengenalpasti
dan memberi maklumat pesakit yang
tidak mendapatkan rawatan susulan
3.
Memberikan sokongan moral kepada pesakit dan keluarga
4. Perihatin
terhadap pesakit-pesakit yang tidak mendapat
LAYANAN
YANG SEPATUTNYA contohnya dikurung\ ikat dan lain lain lagi.
5. Membantu
kami melaksanakan program-program yang
dapat memajukan diri pesakit
6. Memberikan
bantuan untuk program pemulihan dari
segi material \ tenaga contohnya.